BAHAN PENYEBAB KANSER

BAHAGIAN PERTAMA:

Sabun dari segi sejarah dicipta oleh orang-orang Rom kira-kira 3500 tahun yang lalu. Sejarah menunjukkan bahawa orang-orang Rom membuat sabun dari tradisi memanggang kambing pada upacara keagamaan. Lemak yang terhasil dari proses panggang tersebut akan bercampur dengan bahan berbes yang terdapat dalam abu kayu api untuk menghasilkan sabun atau dikenali sebagai sapo pada masa itu. Perkembangan selanjutnya melalui permintaan sabun yang meningkat dan kuasa pencucian yang tinggi menyebabkan pencuci sintetik yang dihasilkan dari petroleum digunakan untuk menghasilkan sabun. Di antara bahan pencuci yang dihasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate – BAS) yang mana penggunaannya di Malaysia telah diharamkan baru-baru ini.

Bagaimana pencuci bertindak mengeluarkan kotoran?

Bahan kotoran dicuci melalui perlarutan kotoran dengan air. Sesetengah kotoran yang degil (seperti kotoran berminyak) memerlukan bahan pencuci yang membantu percampuran bahan kotoran dengan air. Oleh itu, molekul pencuci akan terdiri daripada bahagian yang terlarut dalam bahan berminyak dan bahagian yang terlarut dalam air.

Kotoran berminyak ini dikelilingi dan diikat oleh molekul-molekul pencuci untuk membentuk misel-misel kecil yang kemudian akan dikelilingi pula oleh air. Dengan cara ini kotoran ini akan dapat dikeluarkan. Rajah 1 di bawah menunjukkan bagaimana kotoran di keluarkan oleh bahan pencuci pada kulit.

Bagaimana pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan?

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Satu kajian menunjukkan pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak yang terdapat pada kulit. Lapisan lelemak ini penting kerana ia menghalang bahan-bahan toksik dari masuki tubuh. Apabila lapisan lelemak ini berkurangan, maka molekul pencuci sintetik akan bertindak pula pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel memandangkan keupayaannya memusnahkan protin. Rajah 2 menunjukkan bagaimana pencuci sintetik merosakkan kulit. Selain daripada itu terdapat laporan yang menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan boleh mengalami kerosakan yang serius.

Apakah kesan tak langsung pencuci sintetik ke atas manusia?

Sejumlah 5.9 juta pembelian serbuk pencuci kain dilaporkan di Malaysia setiap tahun. Dari rekod pembelian ini, tidak kurang 6 juta liter bahan pencuci sintetik akan dilepaskan ke sungai-sungai. Disebabkan pencuci sintetik seperti BAS sukar dilupuskan dalam alam sekitar, maka pengumpulan bahan tersebut akan berlaku. Pencuci sintetik didapati boleh membunuh kehidupan akuatik pada kepekatan yang kecil di samping menyebabkan pencemaran alam sekitar. Menurut satu penyelidikan, pendedahan selama 6 jam sahaja sudah cukup untuk membunuh 70% hidupan akuatik (lihat Rajah 3). Kemusnahan sepenuhnya kehidupan akuatik akan menjejaskan ekosistem lain yang bergantung kepadanya sebagai sumber makanan.

Selain dari itu pencuci sintetik juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel. Sekiranya ini terjadi maka kemungkinan sel-sel mutan ini berkembang dengan cepat untuk menghasilkan kanser. Atas kesedaran inilah, maka kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkan bahan pencuci sintetik yang tidak mudah lupus dalam alam sekitar dan menukarnya kepada bahan pencuci yang mudah terurai.

Advertisements

About freedomteamcoach

Dr. Kamal is a Homeopathic Doctor, Entrepreneur, Seminar Speaker and former trainer to many MLM companies. Now Dr. Kamal heads up the FreedomTeam for the country of Malaysia.
This entry was posted in Freedom Team Malaysia. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s