Success…

Success is just around the corner…

Success… many yearn for it, crave it… may be just around the corner IF you look hard enough… Surely success is waiting for those who persevere in their pursue of it.

Often enough, people who have not succeeded in anything do not understand that success is waiting to embrace those who persevere and keep on keeping on what they do…

Most of us tend to believe that success can be attained in a short period of time and some of us think that success will come to them by just wishing it… what a drag…

Listen up… in order to succeed in anything that you do… there is ONLY ONE RULE… and that one rule is an ABSOLUTE RULE which, when applied, will lead you to your success in whatever it is that you are doing.

BE GREATFUL.

Most people agree that being grateful is important if we are to have a positive life. Being grateful makes we see the bright side of life that turns us into positive people.

Unfortunately, we often look at what we don’t have instead of what we have, and we end up complaining instead of being grateful.

Do you know what the #1 enemy of being grateful is? The #1 enemy of being grateful is taking something for granted. Taking something for granted makes us forget how miserable it would be if we didn’t have it.

Advertisements
Posted in Freedom Team Malaysia | Leave a comment

Bahaya Bahan Sediaan di Rumah Sabun dan Bahan Pencuci

By: Kamilah Beran

KEBANYAKAN suri rumah menganggap rumah adalah tempat yang paling selamat bagi ahli keluarga mereka. Tetapi apabila diperhati di sekeliling mereka mungkin barulah mereka sedar bahawa di dalam rumah terdapat pelbagai peralatan dan bahan-bahan kegunaan harian yang mungkin boleh membahayakan ahli keluarga. Bahan-bahan seperti serbuk pencuci, sabun, racun serangga dan sebagainya antara bahan yang boleh mendatangkan padah kepada ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Pada dasarnya bahan-bahan ini tidak akan memudaratkan jika digunakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Banyak kejadian keracunan bahan tersebut terutamanya yang membabitkan kanak-kanak berpunca daripada penyimpanan di tempat yang tidak sesuai ataupun akibat kecuaian ibu-bapa. Keracunan mungkin juga berpunca daripada sikap sambil lewa ahli rumah yang menganggap bahan-bahan tersebut tidak merbahaya tanpa mengetahui apakah bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Satu kajian mengenai kes keracunan yang telah dilaporkan di hospital mendapati satu pertiga kes keracunan berpunca daripada terminum ataupun termakan bahan sediaan yang terdapat di rumah. Lebih membimbangkan lagi 90% kes keracunan ini melibatkan kanak-kanak berumur di antara satu hingga sebelas tahun. Daripada jumlah ini lebih kurang 80% daripadanya adalah kanak-kanak yang berumur kurang dari enam tahun. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa sebahagian besar kejadian keracunan di rumah berlaku di tiga tempat utama iaitu dapur 50%, bilik air 20% dan bilik tidur 10%.

Kejadian keracunan seolah-olah sengaja dibenarkan berlaku, sedangkan sebahagian besar kes ini boleh dielakkan jika langkah-langkah pengawasan yang sepatutnya diambilkira. Orang ramai perlu sedar bahawa keracunan yang berlaku di rumah bukanlah semata-mata kemalangan. Oleh sebab itu orang ramai perlu diberi kesedaran mengenai bahaya bahan kimia yang sering dikaitkan dengan kes keracunan yang berlaku di rumah dan cara-cara mengendalikan kejadian keracunan bahan tersebut agar mangsa dapat diselamatkan dengan segera.

Bahan-bahan sediaan kimia yang dikenal pasti boleh menyebabkan keracunan yang teruk terbahagi kepada beberapa jenis yang utama iaitu :

  • Sabun dan bahan pencuci
  • Racun tikus (Rodentisid)
  • Hydrocarbon seperti minyak tanah
  • Cat, varnis, pencair cat
  • Alat kosmetik
  • Racun makhluk perosak (insektisid)
  • Ubat gegat (naftalin)
  • Alat-alat lukisan

Sabun dan Bahan Pencuci

Sabun dan bahan pencuci merupakan antara bahan kimia di rumah yang paling bahaya berbanding dengan bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan ini boleh dikatakan terdapat di setiap rumah dan biasanya kita tidak berapa mengambil peduli tentang cara penyimpanannya secara selamat. Di sampaing itu tidak ramai yang mengetahui tentang kandungan dan bahaya bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Kajian yang dilakukan terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10% daripadanya disebabkan oleh sabun dan bahan pencuci. Ramai di kalangan mangsa menemui maut akibat tertelan bahan beracun tersebut.

Sabun merupakan bentuk garam kepada asid lemak bebas. Kebiasaannya bahan ini mempunyai ketoksikan yang rendah dan tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya digunakan pada kulit. Di rumah sabun boleh didapati dalam bentuk pepejal atau cecair.

Bahan pencuci pula merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau permukaan dan tidak digunakan pada tubuh. Sediaan yang didapati biasanya dalam bentuk serbuk, cecair dan semburan. Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses pencucian.

Terdapat beberapa jenis serbuk pencuci terdiri surfaktan negatif sintetik untuk menggantikan sabun-sabun biasa.
Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah.

Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate – BAS). Baru-baru ini pengunaan BAS telah pun diharamkan di Malaysia.

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Pencuci sintetik mengandungi bahan-bahan seperti flurescent untuk memutihkan pakaian, fosfat sebagai agen menanggalkan kotoran, silika untuk meningkatkan keupayaan mencuci dan garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan bahan pencuci terdapat di pasaran tidak melabelkan kandungannya. Ini menyukarkan pengguna membezakan antara pencuci asli dan pencuci sintetik.

  • Sediakan bahan pencuci yang hendak dikenal pasti, air, bekas lutsinar dan cuka (asid asitik).
  • Campurkan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas lutsinar mengandungi air. Biarkan sehingga campuran tersebut larut seketika.
  • Campurkan sedikit cuka ke dalam bekas tersebut.
  • Hasil yang akan didapati adalah seperti berikut:
  • jika sabun asli – tiada buih dan air menjadi keruh.
  • jika sabun pencuci sintetik – ada buih dan air kelihatan jernih.
  • jika campuran pencuci sintetik dan sabun asli – berbuih dan air menjadi keruh.

Terdapat satu cara mudah untuk mengenal pasti pencuci asli iaitu seperti langkah-langkah di atas

Di antara bahan pencuci di rumah yang mempunyai risiko keracunan teruk ialah bahan peluntur, bahan pencuci, cermin kereta, pembunuh kuman, pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik.

Bahan peluntur dikenali sebagai egen menghakis dan mengandungi bahan aktif natrium hipoklorit pada kepekatan 5%. Bahan ini tidak menunjukkan sifat terlalu beralkali dan mangsa yang terminum bahan ini kebiasaannya hanya perlu meminum segelas susu. Namun begitu keradangan mulut dan esofagus mungkin berlaku jika termakan dengan kuantiti yang banyak. Peluntur dalam bentuk serbuk mempunyai komposisi lebih pekat oleh itu keradangan yang lebih teruk akan berlaku jika termakan. Percampuran bahan peluntur dengan bahan-bahan pencuci lain boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk. Bahan peluntur yang dicampurkan dengan bahan pencuci tandas yang berasid kuat akan menghasilkan klorin manakala campuran bahan peluntur dengan ammonia akan menghasilkan gas kloramin. Kedua-dua gas ini amat toksik pada selaput mukosa terutamanya pada saluran pernafasan.

Bahan pencuci cermin kereta mengandungi metil alkohol (metanol) pada kepekatan tinggi. Bahan ini berupaya membersih dan menghalang pembekuan. Metanol dimetabolismakan kepada metabolit toksik yang boleh mengakibatkan kerosakan sistemik serius. Mata boleh menjadi buta dengan hanya meminum lima hingga sepuluh mililiter bahan ini.

Pembunuh kuman biasanya mengandungi bahan kimia fenol manakala pencuci longkang dan ketuhar adalah bahan berbes yang terdiri dari ammonia pada kepekatan melebihi 10% dan hidrogen peroksida atau natrium peroksida. Pencuci tandas biasanya mengandungi bahan aktif berasid yang menghakis.

Pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik pula mengandungi bahan kimia yang sama dan boleh mengakibatkan kesan radang kepada mangsa. Pencuci mesin basuh juga boleh menyebabkan keracunan. Kebanyakan pencuci mesin basuh diketahui mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat yang boleh mengakibatkan keradangan yang teruk jika terkena mata.

Rawatan

Mangsa yang tertelan sabun akan mengalami rasa mual dan mungkin muntah-muntah selepas beberapa minit. Biasanya kesan ini boleh berlanjutan sehingga 24 jam. Mulut, esofagus dan perut mangsa akan menunjukkan keadaan seperti terbakar. Mangsa perlu diberi minum susu atau sekurang-kurangnya air biasa dengan banyaknya bagi mencairkan isi perut. Jika banyak sabun cecair yang ditelan (di antara 30-50gm) boleh mengakibatkan keradangan pada mukosa mulut, muntah-muntah dan cirit-birit.

Jika terkena mata akan menyebabkan mata menjadi merah dan rasa pedih. Mata perlu dicelupkan ke dalam air dan kelip-kelipkan mata selama beberapa ketika atau sekurang-kurangnya alirkan air kepada mata selama 10-15 minit sebelum diberi rawatan perubatan.

  • Gunakan bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak.
  • Simpan bahan dalam bekas asal.
  • Jangan sekali-kali gunakan bekas bahan-bahan kimia ini sebagai bekas makanan kerana ini akan mengelirukan kanak-kanak.
  • Simpan makanan, bahan kimia dan ubat-ubatan di tempat berasingan.
  • Pastikan almari atau bekas simpanan mempunyai penutup dan berkunci.
  • Beli pencuci dan bahan lain dalam kuantiti kecil yang mencukupi untuk sesuatu tugas. Seboleh mungkin dapatkan barang yang paling tidak merbahaya.
  • Simpan semua bahan kimia, pencuci dan ubat-ubatan di tempat yang tidak boleh dicapai dan dilihat oleh kanak-kanak.

Langkah-langkah mencegah keracunan bahan sediaan kimia di rumah

Bantuan awal kepada mangsa keracunan bahan kimia di rumah adalah penting untuk menyelamatkan mangsa.

  • Jika mangsa muntah-muntah dalam jangkamasa yang panjang, sakit perut yang teruk dan tidak berupaya menelan apa-apa, bawa mangsa segera berjumpa doktor.
  • Tentukan bila masa mangsa tertelan bahan tersebut.
  • Sekiranya kulit atau mata mangsa terkena bahan tersebut, cuci dengan air dan sabun selama 10-15 minit.
  • Jika mangsa berupaya menelan, beri minum air atau susu supaya kepekatan kandungan bahan di dalam perut dapat dikurangkan. Kanak-kanak disyorkan meminum kurang daripada 60ml (1 cawan) dan orang dewasa pula kurang daripada 150ml (2.5 cawan).

Beberapa panduan bagi membantu mangsa keracunan bahan kimia

Bahan-bahan kimia yang dinyatakan sememangnya telah menjadi satu keperluan di rumah. Jadi tidak dapat tidak, kita terpaksa menyimpannya di rumah, walaupun kita mengetahui bahaya yang bakal timbul. Oleh itu kaedah pengunaan dan penyimpanan yang baik perlu dititik beratkan oleh ibu bapa bagi memastikan bahan-bahan tersebut tidak terdedah dan menarik minat kanak-kanak untuk mencuba. Cegahlah ahli keluarga terutama kanak-kanak daripada mengalami keracunan di rumah sendiri. Jadikan rumah sebagai tempat paling selamat untuk seluruh ahli keluarga.

 

Posted in Freedom Team Malaysia | Leave a comment

MASANYA SUDAH TIBA

Kemeriahan menyambut tahun baru sudahpun berakhir.

Hari ini, 03/01/2011 ibubapa mulai menghantar anak ke sekolah.

Hari ini juga, bekalan minyak masak tidak terdapat di pasaran disekitar lembah klang.

2011… MASA UNTUK BERUBAH… itulah yang saya war-warkan pada tahun lalu namun masih ada yang tidak berani membuat perubahan… masih ramai yang selesa dalam ‘comfort zone’ mereka sendiri.

Kenapa?

Sebabnya tidak lain ialah kerana ramai sudah yang tertipu dengan skim cepat kaya, pelaburan internet, MLM dan entah apa lagi…
Saya menyeru Tuan/Puan untuk membuka mata dan minda anda kepada apa yang akan saya perkatakan hari ini.

Samada sedar atau tidak, setuju atau tidak, tuan/puan semua terpaksa menerima hakikat bahawa harga barang keperluan akan terus naik, bukan sekali, malah berkali-kali lagi dalam tahun 2011 ini.

Situasi ekonomi dunia mempengaruhi segala2nya dan Malaysia akan sekali lagi dilanda dengan kegawatan ekonomi yang teruk pada tahun ini.

Kalau dulu, kegawatan ekonomi melanda tiap 10 tahun sekali tetapi kini, kegawatan tersebut tidak mempunyai cycle lagi. Ia akan berlaku dan terus berlaku tahun demi tahun kerana perkembangan ekonomi dunia yang menuntut perubahan akan terus berlaku tidak kira bila dan dimana.

Tuan/Puan yang dihormati sekelian,

Apabila harga emas dan perak mula melonjak kepada tahap yang terlalu tinggi, maka bersedialah untuk menerima kenaikan harga barang. Soalnya:

APAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK HIDUP SUSAH?

Ya tuan/puan, apa yang saya katakan diatas BUKAN satu gurauan atau ugutan kosong. Lihat sahaja apa yang berlaku disekeliling kita sekarang. Lihat diperingkat global…

Untuk itu, saya ingin menjemput tuan/puan sekelian BERTINDAK untuk masa depan yang lebih gemilang. Saya tidak akan mengajak tuan/puan menyertai mana2 syarikat tetapi saya menawarkan ILMU yang boleh tuan/puan gunakan untuk meningkatkan pendapatan serta hidup lebih selesa dimasa depan.

Sertai seminar yang akan diadakan di seluruh negara pada tahun 2011 ini. Saya akan maklumkan pergerakan saya dari masa ke masa supaya tuan/puan dapat mengikuti seminar yang akan saya jalankan nanti.

Sehingga bertemu dilain siaran, terimalah salam hormat dari saya.
Untuk Kejayaan Anda

‘The Coach’
Dr. Kamal Shah
Pasir Puteh
Kelantan
Skype ID: drkamalshah

MASANYA SUDAH TIBA… BERUBAHLAH UNTUK MASA DEPAN ANDA DAN KELUARGA ANDA SEKARANG

Posted in Freedom Team Malaysia | Leave a comment

Bahaya barangan dandanan diri

By: Dr. Rahmat Awang

Sedarkah anda bahawa apa sahaja yang anda hidu, pegang atau makan yang boleh menjejaskan kesihatan dianggap racun. Bahan-bahan beracun ini berada di sekeliling kita tanpa disedari. Sesetengahnya adalah bahan yang kita gunakan di rumah atau di pejabat setiap hari.

Seperti mana yang dinyatakan pada ruangan lalu, lebih kurang lapan puluh peratus daripada kemalangan keracunan membabitkan bahan-bahan yang disimpan di rumah.

Bagi mengelakkan daripada kejadian keracunan berlaku, adalah baik sekiranya kita mengetahui bahan-bahan yang berbahaya dan yang tidak. Rencana kali ini akan membincangkan tentang bahan-bahan tertentu yang terdapat di rumah yang selalu dikaitkan dengan kejadian keracunan.

Diharapkan, ruang ini dapat meningkatkan kesedaran di samping membantu pembaca supaya bertindak dengan cepat dan teratur dalam mengendalikan kejadian keracunan yang berlaku.

Salah satu barangan yang sering terdapat di rumah ialah alat dandanan diri atau kosmetik. Ini merangkumi berbagai jenis barangan termasuk barangan yang digunakan untuk penjagaan rambut (seperti barangan peluntur rambut, barangan mengerinting rambut, barangan pelurus rambut, pewarna rambut, penyembur rambut, kondisioner rambut, krim pembilas dan bahan dandanan rambut); mekap mata dan muka, bedak gincu, pengilat kuku dan minyak wangi.

Setiap satu barangan ini mempunyai kandungan bahan kimia yang berbagai. Walaupun secara amnya barangan ini dianggap selamat, kehadiran bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan mudarat apabila tersalahguna.

`Barangan peluntur rambut’ mengandungi berbagai bahan kimia. Barangan jenis serbuk dan losyen dianggap sederhana bahayanya dan jika tertelan boleh menyebabkan gangguan gastrousus. Mangsa perlu bertindak dengan membasuh mulutnya dengan air yang banyak, kemudian dibawa untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

`Barangan pengkerinting rambut’ pula melibatkan penggunaan berbagai bahan kimia. Bahan kimia yang boleh membahayakan adalah sulfit, bromat dan tioglikolat yang terdapat dalam losyen mengkerinting serta hidrogen peroksida sebagai neutralizer.

Keracunan serius pernah berlaku pada kanak-kanak berusia 1.5 hingga 3 tahun yang menelan losyen kerinting yang mengandungi bromat.

Kegagalan buah pinggang adalah salah satu komplikasi yang dialami dan merupakan punca utama kematian. Hidrogen peroksida yang digunakan dalam barangan ini adalah berkepekatan sebanyak 9 peratus.

Pada kepekatan ini, jika tertelan, ia tidaklah membimbangkan kecuali jika melibatkan jumlah yang banyak. Jika ini berlaku, hidrogen peroksida boleh membebaskan oksigen dengan banyak sehingga menyebabkan ketegangan/pengembangan perut. Keadaan ini akan membuatkan mangsa mengalami kesakitan perut.

`Barangan pelurus rambut’ pula mengandungi bahan kimia yang lebih kuat pada kepekatan yang lebih tinggi daripada barangan pengkrinting rambut. Bahan kimia yang biasanya didapati dalam barangan ini adalah natrium hidroksida pada kepekatan 1 hingga 3 peratus dengan nilai pH 13.

Arahan penggunaannya haruslah diikuti dengan teliti bagi mengelakkan iritasi atau radangan pada kulit dan mata.

Jika tertelan, ia boleh membakar sistem penghadaman kita terutama di bahagian esofagus. Jika pendedahan ini berlaku, pembaca digalakkan minum air biasa atau susu untuk mencairkannya.

Komplikasi
Pemeriksaan doktor juga perlu dilakukan bagi memastikan komplikasi tidak dialami.
`Penyembur rambut’ yang digunakan untuk mengawal keadaan rambut adalah salah satu barangan penjagaan rambut yang amat digemari. Pelarut yang digunakan biasanya adalah sejenis alkohol yang berkepekatan sehingga 95 peratus. Jika ditelan, ianya boleh mengakibatkan seseorang mengalami pening kepala. Kesan lain adalah sama seperti kesan keracunan alkohol.

`Kondisioner rambut’, `krim pembilas’ serta `bahan dandanan rambut’ walaupun mempunyai berbagai bahan kimia secara amnya dianggap tidak berbahaya jika tertelan melainkan jika kandungan alkoholnya tinggi. Kesan yang mungkin dialami hanyalah berbentuk gangguan perut bagi sesetengah kes.

`Kosmetik mekap mata’ secara amnya dianggap selamat. Saiz pakejnya juga adalah kecil untuk mengakibatkan kesan toksik jika ditelan. Namun begitu, sekiranya tertelan, air atau susu perlu diminum untuk mencairkan bahan kimia yang terdapat dalamnya.

`Kosmetik mekap muka’ termasuklah pemerah pipi, krim asas bahan penutup tompok-tompok hitam secara umumnya dianggap tidak berbahaya dan kesan toksik tidak berlaku sekiranya tertelan.

`Gincu’ juga dianggap tidak berbahaya. Ia biasanya mengandungi minyak galian atau sayuran, lilin dan pewarna. Lain-lain bahan yang ditambah termasuklah bahan pelembut, pewangi, pengawet, antioksidan dan mungkin juga perasa. Jika ditelan, ia tidak meninggalkan sebarang kesan.

`Pengilat kuku’ terdiri daripada pelarut seperti xylena, toluena, aseton, etil asetat, etanol atau metanol dan `plasticizer’ seperti butil-asetat, dibutil phthalate, kamfor bersama nitroselulosa atau lain-lain resin.

Sesetengah daripada bahan-bahan kimia ini jika ditelan dengan banyak boleh mengakibatkan rasa mual, muntah-muntah dan mungkin juga penekanan terhadap fungsi otak. Oleh yang demikian, mangsa keracunan perlu dibawa ke hospital dengan segera sekiranya di dapati tertelan pengilat kuku.

`Pembersih pengilat kuku’ pula mengandungi aseton dan etanol sebagai bahan kimia utama. Oleh itu, sekiranya ditelan ia boleh membahayakan diri. Kesannya adalah sama dengan kesan keracunan alkohol.

`Barangan kolon serta minyak wangi’ amnya adalah larutan hidroalkohol dengan dicampurkan dengan sedikit pewangi. Barangan ini mempunyai kandungan alkohol setinggi 50 hingga 90 peratus. Jika ditelan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rasa mengantuk dan penekanan fungsi otak.

Barangan bedak termasuk bedak debu dan bedak badan mengandungi bahan-bahan seperti talkum, kanji atau kedua-duanya sekali dengan disertakan dengan karbonat inorganik, zink stearat, kaolin, pewangi dan mungkin juga pengawet. Secara amnya, bedak jenis ini dianggap tidak berbahaya. Namun begitu jika dihidu dengan banyak boleh menyempitkan saluran pernafasan.

Selain daripada barangan yang disebutkan di atas, terdapat juga barangan lain yang biasa digunakan dan di simpan di rumah. Walaupun ianya tidak dinyatakan, ini tidaklah bermakna yang ia langsung tidak berbahaya. Dalam keadaan kecemasan pembaca digalakkan menghubungi lPusat Racun Negara segera dengan menelefon talian bebas tol 800-8099 untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut.

SOAL JAWAB TENTANG KERACUNAN

Apakah implikasi pendedahan plumbum pada kanak-kanak?

Plumbum adalah sejenis logam yang bertoksid dan pendedahan kepadanya secara berterusan adalah satu keadaan yang membimbangkan.

Tubuh kanak-kanak boleh menyerap lebih banyak plumbum berbanding dengan orang dewasa terutama sekali jika kanak-kanak ini juga mengalami kekurangan zat makanan.

Masa yang diperlukan untuk ‘menyingkirkan’ logam ini juga memakan masa bertahun lamanya. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan peningkatan paras plumbum dalam darah.

Walaupun kadar kejadian keracunan yang membabitkan plumbum tidak diketahui, laporan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Pusat Racun di Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kanak-kanak merupakan mangsa utama keracunan plumbum, dan 49% daripada kes yang dilaporkan terdiri daripada kanak-kanak berusia kurang daripada 6 tahun.

Beberapa kajian di beberapa negara menunjukkan peningkatan paras plumbum dalam darah walaupun sedikit boleh menjejaskan IQ kanak-kanak.

Menjejaskan
Maklumat terkini meletakkan nilai paras plumbum dalam darah di antara 15 mcg/dL sehingga 25 mcg/dL sebagai boleh menjejaskan IQ kanak-kanak tanpa menghasilkan gejala-gejala keracunan yang nyata seperti rasa lesu, mual, muntah-muntah dan sakit perut.

Penurunan IQ mungkin akan menjadi lebih membimbangkan jika peningkatan paras plumbum terus berlaku. Didapati kepekatan plumbum melebihi 1mcg/dL dapat menyebabkan penurunan IQ secara purata sebanyak 5 mata.

Pendedahan jangka panjang boleh mengakibatkan penyakit lain seperti anemia (kurang darah), gangguan atau kegagalan fungsi buah pinggang, penyakit darah tinggi, sakit dan sendi tulang.

 

Posted in Freedom Team Malaysia | Leave a comment

Dangers of using aerosol, air freshners

By: Prof Dzulkifli Abdul Razak

Being cleaner may not necessarily mean being healthier.

This is the one of the massages form a recent study on aerosols and air freshners conducted by Bristol University in the UK last week.

This is especially so for pregnant women and their babies as a result of exposures to volatile organic compounds (VOCs) that are normally released by such products.

They can cause diarrhoea and earache in infants and headaches and depression the mothers, according to the study, available in Archives of Environmental Health. The finding is in tandem with past research that indicated these chemicals could cause some form of illnesses and allergies.

VOCs (www.epa.gov/iaaq/voc.html) have irritating properties linked to solvents, paints, furnishings and cleaning items used indoors. Similarly too, air fresheners, aerosols and sprays.

The study dubbed, the Children Of The 90s, involved interviews with 10,000 mothers and visits to homes of 170 children to study the use of such products.

It also followed the health and development of 14,000 children since before birth.

According to the study, mothers who used air fresheners and aerosol daily ad nearly 10 per cent more headaches and were about 26 per cent more likely to experience depression.

And 32 per cent more babies had diarrhoea, compared with homes that use air fresheners weekly. Reportedly, some are likely to experience earache. Pregnant women and babies may be more susceptible since they spend more time at home.

In addition, the use of aerosols such as polis, deodorant and hairspray on a daily basis was said to effect the health of the mothers, and with a 30 per cent increase in infant cases of diarrhoea, and to a lesser extent a rise in vomiting.

The use of the various products in combination will result in more complicated effects due to an even more a complex mixture of chemicals.

While more studies would be needed to further document the health implications and understand the mechanisms, it is however advisable to limit the use of such items in the home.

Most of the products could be regarded as non-essential and, therefore, be used sparingly if not totally avoided.

Others suggest natural alternatives, such as squeezing lemons, or simply using natural means of ventilation.

In other words, we may have to re-learn some of the indigenous techniques of how to remain clean and healthy, without having to depend on harmful VOCs. If we have to do so, check the labels on the products and choose one that is certified safe.

The writer is the vice-chancellor of Universiti Sains Malaysia.

Posted in Freedom Team Malaysia | Leave a comment

Formaldehid boleh menyebabkan kanser

By: Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Abdul Majid

SEPERTI yang tertera dalam keratan akhbar baru-baru ini, Menteri Kesihatan telah mengarahkan supaya pemeriksaan dilakukan ke atas kegunaan serta pencemaran formaldehid pada ikan segar bagi tujuan mengekalkan kesegaran serta pengawetan.

Amalan yang dilakukan ini didapati membahayakan kesihatan kerana bahan kimia ini telah dilaporkan boleh menyebabkan kanser dan sepatutnya dilakukan oleh penjual atau pemborong ikan.

Rencana ini bertujuan memberi penerangan tentang bahaya akibat memakan makanan yang mengandungi folmaldehid.

Dalam keadaan ceria, formaldehid merupakan satu tugas pada suhu bilik dan mempunyai bau yang menusuk serta tajam pada kepekatan minimum 0.5 ppmdi dalam udara.

Formaldehid dalam bentuk gas juga amat berbahaya kerana gas tersebut mudah terbakar. Gas ini boleh dihasilkan di rumah daripada perabot dan dihiasi dengan alas atau palapik tilam poliuretan.

Ia mudah terlarut ke dalam air dan metanol untuk menghasilkan larutan. Dalam industri dan makmal, larutan folmadehid digunakan sebagai pembasmi kiman dan pengawet untuk menghalang pereputan tisu.

Gas folmaldehid telah dikenal pasti sebagai salah satu bahan yang terdapat dalam asap rokok dan tembakau.

Dalam hal ini, formaldehid yang diambil daripada sebarang rokok telah dikenal pasti boleh menyebabkan kerengsaan dan kesukaran bernafas.

Apabila pengambilan formaldehid meningkat akibat merokok secara berterusan, kesan kerengsaan merebak ke bahagain hidung dan tekak menyebabkan batuk.

Jika formaldehid diambil secara berlebihan, gejala kerengsaan secara mendadak terjadi sehingga menyebabkan pengumpulan cecair dalam paru-paru untuk menghasilkan pneumonia dan bengkak paru-paru.

Pada kepekatan gas formaldehid yang tainggi, kesan kerengsaan akan menyebabkan pengecilan saluran pernafasan di samping meningkatkannya rasa pedih pada mata dan kulit.

Pendedahan seperti ini biasanya boleh menyebabkan ,mata rosak dan kulit berparut.

Sesak nafas

Dalam keadaan dedahan kepada larutan pekat formaldehid secara mendadak (kesan akut), ia menyebabkan sistem pernafasan terganggu seperti batuk, sesak nafas, sakit dada dan sukar bernafas.

Cecair formaldehid apabila terkena kulit boleh merengsa kulit untuk menghasilkan kesan lecuran. Sentuhan larutan formaldehid kepada mata juga meninggalkan kesan melecur manakala sekiranya larutan tersebut terhidu, kawasan saluran pemakanan seperti hidung, mulut dan tekak ia juga akan menunjukkan kesan terengsa.

Pada kawasan paru-paru, cairan berlebihan akan dihasilkan sehingga menyukarkan pernafasan.

Apabila larutan formaldehid dimakan secara sedikit demi sedikit untuk jangka masa panjang seperti dalam kes memakan ikan yang dicemari, formaldehid boleh menyebabkan kanser pada kawasan hidung apabila haiwan ujian didedahkan kepada wap formaldehid pada kepekatan 14ppm secara berpanjangan.

Kajian yang sama ke atas pesakit kanser mulut dan hidung pula menunjukkan kumpulan yang terdedah kepada formaldehid pada tahap rendah secara berterusan ditempat kerja cenderung untuk mengalami kanser mulut dan hidung berbanding kumpulan lain.

Formaldehid apabila bergabung dengan gas asid hidroklorik akan membentuk bis (klorometi) eter, suatu ejen penyebab kanser paru-paru yang sukar diubati.

Atas masalah kesihatan yang disebabkan oleh formaldehid, maka penggunaannya ke atas ikan segar adalah diharamkan dan pengguna haruslah berhati-hati dalam membelikan ikan-ikan yang dicemari dengan formaldehid.

Posted in Freedom Team Malaysia | Leave a comment

Masalah keracunan di kalangan kanak-kanak

By: Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Abdul Majid

Seorang kanak-kanak akan belajar melalui proses cuba dan tahu. Pengalaman berguna akan diperoleh melalui penerokaan ke atas sebarang bahan yang terdapat di sekeliling kanak-kanak tersebut. Dalam membolehkan perolehan pengalaman yang berguna kepada kanak-kanak, proses penerokaan pengalaman perlu dilakukan pada persekitaran dengan tahap bahaya yang minimum. Sekiranya ibu bapa dan penjaga kanak-kanak tidak memberikan tumpuan kepada persekitaran yang selamat, maka kebiasaanya kanak-kanak akan terdedah kepada kecelakaan atau kemalangan seperti yang kerap berlaku dalam kes-kes keracunan. Oleh itu, tidak hairanlah jika rata-rata perangkaan menunjukkan bahawa golongan kanak-kanak lebih banyak mengalami keracunan atau kecederaan akibat menggunakan barangan tersebut. Bukan sahaja kerana barangan itu tidak selamat, tetapi kerana cara penggunaanya yang tidak selamat. Ini ada kaitan dengan amalan serta tabiat ibu bapa kanak-kanak seharian apabila menggunakan barang-barang tersebut. Lazimnya kita cuai dan kurang berhati-hati sehingga kanak-kanak sendiri sering terdedah kepada bahaya yang tidak menentu.

Di antara barangan yang didapati selalu mendatangkan kemudaratan termasuklah barang-barang yang tersimpan di rumah seperti bahan-bahan pencuci dan ubat-ubatan. Barang permainan dan perhiasan juga boleh menjadi sumber bahaya kepada kanak-kanak, walaupun dalam banyak hal, mutu  barangan tersebut terjamin. Apa lagi jika barangan itu sendiri tidak selamat dari segi kualiti dan pembuatannya.

Amnya ramai yang beranggapan bahawa ubat-ubatan adalah selamat belaka. Maksudnya ramai yang menjangkakan bahawa bahan ubat-ubatan tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan, malah pastinya berkhasiat belaka. Ini adalah satu anggapan yang kurang tepat malah boleh menyebabkan banyak keadaan yang tidak diingini, memandangkan bahawa ubat-ubatan kebanyakannya terdiri daripada bahan kimia. Dan jika tidak digunakan dengan betul, seperti mengambil ubat secara berlebihan, ataupun tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan, banyak kesan bahaya boleh berlaku. Ubat juga boleh membahayakan apabila penggunannya ditukar ganti kepada sesiapa sahaja, walaupun ubat itu adalah kepunyaan orang lain. Tabiat menggunakan ubat seperti ini amat menyalahi tata cara penggunaan ubat.

Kita juga sering mendengar tentang kes keracunan parasetamol (ubat yang digunakan untuk meredakan demam) yang mengakibatkan kematian kanak-kanak menunjukkan bahawa penggunaan ubat-ubatan di kalangan masyarakat  masih memerlukan pengurusan yang rapi daripada semua pihak. Ubat-ubatan seperti parasetamol yang banyak diiklankan di pelbagai media di negara ini merupakan salah satu ubat yang paling laris dijual di merata tempat. Ini termasuklah di kedai-kedai runcit, warung-warung mahupun di pasaraya sebagai salah satu daripada bahan yang diniagakan oleh pihak berkenaan. Hal yang demikian sudah tentu mendedahkan lagi para pengguna, khususnya kanak-kanak kepada risiko penyalahgunaan ubat, lantas boleh mengakibatkan keracunan kepada diri mereka. Tambahan pula jika ubat-ubatan ini tidak diiringi dengan maklumat-maklumat yang mudah difahami pengguna walaupun diperoleh daripada klinik-klinik perubatan sekalipun.

Kes-kes keracunan di bawah 12 tahun yang dilaporkan kepada Pusat Racun Negara, USM dari tahun 1995 hingga Mac 2001
Mengikut bangsa (jumlah kes: 306)
Hindu 26%
Melayu 30%
Cina 13%
Bangsa tidak dapat dipastikan 21%

 

 

Mengikut kategori bahan yang terlibat dengan kes keracunan
Racun makhluk perosak 29%
Ubat 29%
Barangan kegunaan rumahtangga 26%
Bahan kimia 10%
Haiwan dan reptilia 2%
Tumbuh-tumbuhan beracun 2%
Tidak dapat dipastikan 2%

Tambahan pula, dalam suatu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pusat Kawalan Keracunan di Amerika Syarikat pada tahun 1989, kumpulan umur kanak-kanak yang sering terlibat dengan keracunan merupakan peringkat umur satu hingga lima tahun. Sebab-sebab kenapa kumpulan ini sering terlibat dengan kes-kes keracunan adalah kerana tabiat semula jadi mereka yang sering ingin mencuba dan mempelajari sesuatu dengan menggunakan deria rasa serta tidak berupaya untuk membaca label amaran yang terdapat pada bekas bahan-bahan beracun. Misalnya, label amaran yang tertera dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut WARNING: POISON, pada seorang kanak-kanak pula, label ini akan kelihatan seperti berikut WARGINN: POSINO yang tidak memberikan gambaran bahayanya sesuatu produk atau bahan. Di samping itu, kanak-kanak di peringkat umur ini juga amat mudah tertarik dengan bahan-bahan berwarna yang dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai dan naluri semula jadi mereka ialah apabila dapat mencapai bahan-bahan ini dari lantai akan memasukkannya ke dalam mulut. Inilah sebabnya mengapa kanak-kanak merupakan golongan yang sering mengalami keracunan di rumah.

Bagi tempat-tempat di rumah yang sering berlaku kes-kes keracunan, hasil kajian yang diperoleh juga telah menunjukkan bahawa keracunan kanak-kanak sering berlaku di dapur (50%), bilik air (20%) dan bilik tidur (10%). Juga seringkali dilaporkan bahawa kanak-kanak mengalami keracunan semasa ibu bapa sedang sibuk dengan tugas seharian seperti memasak atau menyediakan persiapan jamuan makan atau kenduri perkahwinan.

Satu lagi sebab yang membuatkan kes keracunan cenderung berlaku pada kanak-kanak adalah keupayaan badan kanak-kanak yang lebih sensitif kepada bahan racun berbanding dengan orang dewasa. Untuk ini, jika kita mempertimbangkan fungsi hati kanak-kanak yang merupakan organ menghilangkan bisa racun atau menukarkan racun kepada bahan lain yang tidak aktif tidak berkembang sepenuhnya sama seperti orang dewasa. Oleh itu, bahan racun tidak ditukarkan sepenuhnya kepada bentuk tidak berbahaya dan menyebabkan berlakunya kesan keracunan di dalam badan kanak-kanak. Bagi organ buah pinggang pula, sebarang bahan yang diambil akan dikeluarkan melalui air kencing. Bagi kanak-kanak, fungsi buah pinggang juga belum berkembang sepenuhnya dan bahan beracun yang lambat dikeluarkan daripada badan kanak-kanak akan menyebabkan kesan keracunan yang lebih hebat berbanding dengan orang dewasa.

Bagaimana mengetahui keracunan telah berlaku pada kanak-kanak?

  1. Kanak-kanak tersebut pernah mengalami keracunan sebelum ini.
  2. Kanak-kanak yang berusia satu hingga lima tahun. Kumpulan umur ini merupakan kumpulan yang berisiko tinggi disebabkan oleh kecenderungan untuk mengutip bahan lalu menelannya.
  3. Kanak-kanak tiba-tiba jatuh sakit atau menunjukkan tanda-tanda berikut: Muntah-muntah, sawan tiba-tiba dan tidak sedarkan diri tanpa sebarang rekod penyakit.
  4. Tanda-tanda masalah yang berlaku pada keseluruhan atau sebahagian besar tubuh badan.
  5. Nafas kanak-kanak berbau dan wujudnya tanda-tanda kemerahan dan pecah pada bahagian mulut.

Bagaimanakah mengelakkan kes keracunan berlaku di rumah anda?

Keracunan kanak-kanak berlaku apabila bahan kimia terutamanya produk-produk isi rumah dan ubat-ubatan digunakan oleh kanak-kanak tanpa sebarang pengawasan atau berpunca daripada kelalaian.

  1. Kunci semua bahan-bahan merbahaya di tempat yang selamat dan letakkan pada paras yang tinggi jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Ini termasuklah bahan-bahan pencuci, racun-racun makhluk perosak dan juga produk-produk seperti semburan nyamuk dan sebagainya.
  2. Simpan semua ubat dalam bekas tertutup, sebaiknya yang mempunyai penutup keselamatan yang sukar untuk dibuka oleh kanak-kanak. Sekiranya ubat perlu disimpan dalam peti sejuk, tentukan tempatnya tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak dan tidak juga diletakkan bersama barang-barang makanan seharian. Tentukan juga setiap ubat mempunyai label yang jelas dan mudah dibaca.
  3. Segala bekas-bekas kosong yang mengandungi racun dan ubat perlu dibuang. Sekiranya masih mangandungi bahan-bahan berbahaya, tentukan kandungan bekas tersebut dikosongkan terlebih dahulu. Buang semua bahan-bahan racun di tempat yang selamat ataupun tempat-tempat khas yang disediakan untuk tujuan tersebut.
  4. Sekiranya menggunakan bahan-bahan kimia kawalan makhluk perosak seperti pembunuh serangga, tentukan setiap bahan ini disorokkan jauh daripada penglihatan dan jangkauan kanak-kanak. Ini termasuklah ubat gegat, racun tikus dan semburan serangga.
  5. Apabila membeli bahan kawalan makluk perosak, pilihlah jenama yang tidak menyerupai bahan-bahan makanan terutama sekali seperti gula-gula ataupun yang mempunyai bau-bauan dan rasa yang menyerupai makanan. Ini boleh mengelirukan kanak-kanak.
  6. Tentukan semua tumbuh-tumbuhan yang diletakkan di dalam rumah atau di sekelilingnya adalah daripada jenis yang tidak mengandungi racun sama ada apabila dimakan mahupun apabila disentuh. Bagi tumbuh-tumbuhan lain, tentukan bahan-bahan baja atau racun tanam-tanaman yang digunakan tidak terdedah kepada kanak-kanak. Letakkan tumbuh-tumbuhan ini jauh daripada tempat aktiviti seharian kanak-kanak.


Posted in Freedom Team Malaysia | Leave a comment